Hai...jumpa lagi...hehe...
Seperti yang di janjikan...kali ni...kami akan terangkan serba sedikit jenis-jenis kain/fabrik t-shirt.
Kita mulakan dengan gambar pertama dibawah. Jangan salah faham...kami bukan nak tunjuk gambar orang menari...hehe...tapi t-shirt yang di pakai. Itu adalah 100% cotton...Material cotton merupakan kain yang paling banyak mendapat permintaan. 100% cotton, mudah meresap peluh, lembut dan selesa di pakai. Tahap ketahanan lasak nya pula, bergantung pada ketebalan kain tu. Contoh ketebalan berkualiti adalah 210g/m.
Seterusnya...gambar kedua adalah t-shirt dari jenis Quick Dry....100% Microfibre...Kain jenis ni memang sangat-sangat selesa....lembut, nipis, tidak meresap peluh tapi cepat kering....sesuai untuk aktiviti lasak dan biasa dijadikan jersey bola....Harga untuk kain jenis ni pun agak mahal sikit kalau nak banding dengan cotton.
Yang ini pula t-shirt dari material Cotton Interlock....60% cotton - 40% polyester...Kain jenis ini mempunyai kualiti yang tinggi. Lebih tebal dari jenis kain yang lain.Tapi cotton interlock tidak panas dan lembut. Pada mereka yang mementingkan kualiti dan keselesaan, cotton interlock adalah pilihan nya....Sesuai juga untuk t-shirt formal kerana cotton interlock biasanya datang berkolar...
Itulah penerangan ringkas mengenai material t-shirt. Harap dapat membantu anda dalam pemilihan jenis-jenis t-shirt, kerana material memainkan peranan pada keselesaan dan kualiti pakaian.
Gambar-gambar diatas, diambil dari katalog Oren Sport dan kami adalah agen rasmi untuk Oren Sport.
Ideaku Printing juga membantu anda yang mencari T-shirt atau F1 shirt ready made. Tidak ada syarat minimum order.
Sebarang pertanyaan boleh Sms, Watsap 016-3640644 atau email: ideakuprinting@gmail.com
Selesai cerita untuk hari ini. Insayallah....semoga diberi berkesempatan menulis lagi untuk lain hari. Doa kami...semoga anda terus sihat dan dipermudahkan segala urusan....amin
Wasalam.
No comments:
Post a Comment