Tuesday, 19 November 2013

Jenis-jenis Material t-shirt

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Hai...jumpa lagi...hehe...

Seperti yang di janjikan...kali ni...kami akan terangkan serba sedikit jenis-jenis kain/fabrik t-shirt.

Kita mulakan dengan gambar pertama dibawah. Jangan salah faham...kami bukan nak tunjuk gambar orang menari...hehe...tapi t-shirt yang di pakai. Itu adalah 100% cotton...Material cotton merupakan kain yang paling banyak mendapat permintaan. 100% cotton, mudah meresap peluh, lembut dan selesa di pakai. Tahap ketahanan lasak nya pula, bergantung pada ketebalan kain tu. Contoh ketebalan berkualiti adalah 210g/m.



Seterusnya...gambar kedua adalah t-shirt dari jenis Quick Dry....100% Microfibre...Kain jenis ni memang sangat-sangat selesa....lembut, nipis, tidak meresap peluh tapi cepat kering....sesuai untuk aktiviti lasak dan biasa dijadikan jersey bola....Harga untuk kain jenis ni pun agak mahal sikit kalau nak banding dengan cotton.





Yang ini pula t-shirt dari material Cotton Interlock....60% cotton - 40% polyester...Kain jenis ini mempunyai kualiti yang tinggi. Lebih tebal dari jenis kain yang lain.Tapi cotton interlock tidak panas dan lembut. Pada mereka yang mementingkan kualiti dan keselesaan, cotton interlock adalah pilihan nya....Sesuai juga untuk t-shirt formal kerana cotton interlock biasanya datang berkolar... 



Itulah penerangan ringkas mengenai material t-shirt. Harap dapat membantu anda dalam pemilihan jenis-jenis t-shirt, kerana material memainkan peranan pada keselesaan dan kualiti pakaian.

Gambar-gambar diatas, diambil dari katalog Oren Sport dan kami adalah agen rasmi untuk Oren Sport. 
Ideaku Printing juga membantu anda yang mencari T-shirt atau F1 shirt ready made. Tidak ada syarat minimum order. 

Sebarang pertanyaan boleh Sms, Watsap 016-3640644 atau email: ideakuprinting@gmail.com

Selesai cerita untuk hari ini. Insayallah....semoga diberi berkesempatan menulis lagi untuk lain hari. Doa kami...semoga anda terus sihat dan dipermudahkan segala urusan....amin

Wasalam.















                                               

Monday, 18 November 2013

Pengenalan Ideaku Printing

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Terima kasih kerana sudi singgah di blog kami. Doa kami semoga anda berada dalam keadaan sihat dan sentiasa beroleh kebahagian serta kegembiraan. Amin....

   Pertama sekali ingin di perkenalkan...Ideaku Printing bergerak dibawah syarikat RZ Ideaku Enterprise (No Syarikat: 002108068-X) yang telah di daftarkan pada 06/03/2012, 100% milik bumiputera. Syarikat kami berada di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Sehingga hari ini, telah hampir 1tahun 9 bulan kami menjalankan perniagaan printing t-shirt ini...kalau budak kecil...diri dah tegak...tapi jalan bertakteh...hehe...tapi alhamdulillah Ideaku Printing dah mampu berlari anak.

Kepakaran kami adalah membantu anda yang ingin mencetak t-shirt dengan kaedah silkscreen atau heat transfer pada harga murah dan berkualiti. Sedikit penerangan ringkas mengenai cetakan silkscreen dan heat transfer:-

Silkscreen.....dalam bahasa melayu nya di sebut saring sutera...dan ia bertindak sebagai blok. Gambar/imej akan dicetak keatas blok dan dakwat/dye akan disapu secara manual keatas t-shirt...kerja print silkscreen agak rumit tapi harga lebih murah kerana ia hanya banyak menggunakan tenaga manusia.... maknanya...tenaga manusia cincai kira la...hahaha....

Heat transfer.....ia nya sejenis mesin yang memang menggunakan tenaga elektrik yang agak tinggi...tapi mencetak dengan kaedah ini akan menghasilkan imej 100% seperti yang dikehendaki...kerana, gambar/imej akan di cetak keatas kertas khas dan terus di transfer kepada t-shirt. Mesin heat transfer bertindak sebagai pemanas yang akan melekatkan imej pada t-shirt. Kerja yang sangat mudah tapi caj lebih mahal, kerana pengunaan Sublimation Ink yang mahal.

Walau apa pun harga dan kaedah nya...yang penting berkualiti dan puas hati. Anda boleh mendapatkan kualiti itu dari kami. Jenis kain/fabrik t-shirt juga memainkan peranan dalam menghasilkan kepuasan dan keselesaan anda. Akan datang kami akan terangkan jenis-jenis dan kualiti kain/fabrik t-shirt.

Sekian untuk hari ni dulu...ada apa-apa nak tanya...sms atau watsap 016-3640644...email: ideakuprinting@gmail.com.

Sekali lagi terima kasih.

Wasalam...